Apakah syarat-syarat asas dalam pertimbangan pemangkuan/kenaikan pangkat?

Requested and Answered by WebAdmin on 08-Feb-2011 01:13

Apakah syarat-syarat asas dalam pertimbangan pemangkuan/kenaikan pangkat?

Merujuk kepada Para 9 dan Para 48 dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010 Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam, syarat-syarat yang ditetapkan bagi sesuatu urusan pemangkuan / kenaikan pangkat adalah seperti perincian berikut:

a. Disahkan dalam perkhidmatan;
b. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
c. Diperaku oleh Ketua Jabatan / Ketua Perkhidmatan;
d. Bebas dari hukuman tatatertib;
e. Telah mengisytiharkan harta;
f. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
g. Bebas dariapda disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan; dan
h. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Lembaga

This Q&A was found on Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia : http://humanres.moh.gov.my/v2/modules/smartfaq/faq.php?faqid=9