Apakah asas-asas pemangkuan / kenaikan pangkat?

Requested and Answered by WebAdmin on 08-Feb-2011 01:12

Apakah asas-asas pemangkuan / kenaikan pangkat?

Merujuk kepada Perkara 39 dan Perkara 40 dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, kenaikan pangkat seseorang pegawai (ke gred bukan jawatan strategik) adalah berasaskan merit dan mengambil kira kriteria-kriteria seperti berikut:
• Kecekapan dan prestasi kerja pegawai;
• Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai;
• Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai;
• Kegiatan luar dan sumbangan pegawai kepada negara dan masyarakat
• Aspek lain yang difikirkan berkaitan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat seperti kekananan

Nota: Perkara i – v di atas kebiasaannya dinilai di peringkat Ketua Jabatan
melalui laporan prestasi.

Seseorang pegawai hanya boleh dipertimbangkan kenaikan pangkat sekiranya pegawai berkenaan telah mematuhi semua syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatannya dan terdapat kekosongan jawatan kenaikan pangkat dalam skim perkhidmatannya.

This Q&A was found on Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia : http://humanres.moh.gov.my/v2/modules/smartfaq/faq.php?faqid=7