
Bagaimanakah pelaksanaan urusan kenaikan pangkat berdasarkan laluan kerjaya bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di KKM?
Mulai 9 Mac 2010, Kerajaan telah bersetuju supaya urusan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi di KKM dilaksanakan berdasarkan kepada laluan kerjaya yang telah dipersetujui mengikut tempoh berkhidmat pegawai di atas sesuatu gred dalam skim perkhidmatan yang sama.
Kenaikan pangkat pegawai adalah tertakluk pegawai telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannnya. Perincian laluan kerjaya tersebut adalah seperti di LAMPIRAN B.Lampiran B ini boleh dimuat turun pada menu muat turun pada subportal ini.
This Q&A was found on Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia : http://humanres.moh.gov.my/v2/modules/smartfaq/faq.php?faqid=63