
Apakah asas perakuan bagi pertimbangan sesuatu urusan pemangkuan / kenaikan pangkat?
Pertimbangan sesuatu urusan pemangkuan adalah berasakan merit. Ini adalah selaras dengan Perkara 17 di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 7 Tahun 2010 (Panduan Pengurusan Pemangkuan dan Kenaikan Pangkat dalam Perkhidmatan Awam).
Dalam mempertimbangkan merit seseorang pegawai, Lembaga Kenaikan Pangkat mengambilkira:
a) Kecekapan dan prestasi kerja pegawai;
b) Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman pegawai;
c) Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan kenaikan pangkat, keutuhan, potensi dan kepimpinan pegawai; dan
d) Kegiatan luar dan sumbangan pegawai kepada masyarakat dan Negara.
This Q&A was found on Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia : http://humanres.moh.gov.my/v2/modules/smartfaq/faq.php?faqid=59