
Apakah dasar dan peraturan yang digunapakai dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat?
Dasar yang digunapakai oleh KKM adalah terkandung di dalam peraturan–peraturan seperti berikut:
1. Peraturan-peraturan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam 2010 / P.U.(A) 75/2010; dan
2. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 / P.U.(A) 176/2005
Selain daripada peraturan-peraturan tersebut, Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Edaran yang berkenaan juga boleh dirujuk seperti jadual berikut:
1 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2010
-Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan
2 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2010
-Panduan Pengurusan Pemangkuan Dan Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Awam
3 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009
-Dasar Kenaikan Pangkat Bagi Pegawai Yang Sedang Disiasat Dan Telah Dikenakan Hukuman Tatatertib
4 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2007
-Kaedah Penetapan Gaji Permulaan Dan Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat
5 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2009
-Kesan Ke Atas Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji
6 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2009
-Borang Laporan Penilaian Prestasi Khas Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam
7 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2008
-Kaedah Pelarasan Gaji Kenaikan Pangkat Dengan Elaun Pemangkuan
8 Surat Edaran JPA(S)NP.134/1/KLT.21(42) Bertarikh 15 Jun 2010
-Pengecualian Syarat Lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) Untuk Urusan Pemangkuan Pegawai Penyelidik
9 Surat Edaran JPA(S)K256/6/27 Klt. 2/s.k 2(4) Bertarikh 3 Julai 2009
-Penetapan Wajaran Markah Prestasi Bagi Urusan Pemangkuan/ Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Awam
10 Surat Edaran JPA(S)NP.134/1 KLT.18(4) Bertarikh 4 November 2008
-Penamatan Pemangkuan Kepada Pegawai Yang Memangku Melebihi DUA (2) Tahun Yang Tidak Lulus Penilaian Tahap Kecekapan
11 Surat Edaran JPA(S)NP.134/KLT.16/S.K(3) Bertarikh 24 Mac 2008
-Panduan Kriteria Penilaian Penyelidik Bagi Pegawai Penyelidik
12 Surat Edaran JPA.SULIT.NP.134/1/KLT.14/(27) Bertarikh 19 Julai 2007
-Kriteria Kenaikan Pangkat Dan Pemangkuan Pegawai Perkhidmatan Awam
This Q&A was found on Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia : http://humanres.moh.gov.my/v2/modules/smartfaq/faq.php?faqid=58