5. Apakah definisi Jawatan Terbuka?

Requested and Answered by WebAdmin on 28-Feb-2011 10:18

5. Apakah definisi Jawatan Terbuka?

Jawatan Terbuka adalah jawatan tetap dan grednya telah ditentukan, tetapi pengisiannya tidak ditentukan untuk satu-satu skim perkhidmatan. Pengisiannya boleh dibuat dari mana-mana perkhidmatan yang diputuskan oleh pihak tertentu. Jawatan ini diwujudkan untuk membolehkan agensi pelaksana mendapatkan perkhidmatan pegawai-pegawai yang berkelayakan dan sesuai untuk melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan dalam sesuatu jangka masa. Jawatan ini tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat dan pengesahan jawatan.

This Q&A was found on Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia : http://humanres.moh.gov.my/v2/modules/smartfaq/faq.php?faqid=18