Apakah prosedur memohon rayuan pemangkuan / kenaikan pangkat?

Requested and Answered by WebAdmin on 08-Feb-2011 01:14

Apakah prosedur memohon rayuan pemangkuan / kenaikan pangkat?

Senarai dokumen yang diperlukan dalam urusan rayuan pemangkuan / kenaikan pangkat adalah seperti berikut:
• Surat rayuan pegawai – 2 salinan
• Format 13 (dalam Lampiran C1, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2010) – 2 salinan
• Salinan buku perkhidmatan pegawai yang lengkap dan dikemaskini – 1 salinan

Dokumen seperti senarai di atas hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan kepada Urus Setia Kenaikan Pangkat di Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan selanjutnya. Semua permohonan rayuan akan dipanjangkan untuk pertimbangan Lembaga Rayuan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

This Q&A was found on Bahagian Sumber Manusia Kementerian Kesihatan Malaysia : http://humanres.moh.gov.my/v2/modules/smartfaq/faq.php?faqid=11