TARIKH DIKEMASKINI
Login Pentadbir
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
SmartFAQ is developed by The SmartFactory (http://www.smartfactory.ca), a division of InBox Solutions (http://www.inboxsolutions.net)

Apakah jenis prosedur/tatacara yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993?
Requested and Answered by WebAdmin on 29-Mar-2011 02:00 (726 reads)
(i) Tatatertib Biasa

Prosedur ini melibatkan pengeluaran Surat Pertuduhan kepada pegawai yang dituduh dan beliau diberi peluang untuk mengemukakan representasi (surat bela diri) dalam tempoh 21 hari penerimaan surat pertuduhan.

(ii) Penyiaran Notis/Warta

Prosedur ini dilaksanakan sekiranya pegawai didapati tidak hadir bertugas tanpa cuti atau tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran atau tanpa sebab yang munasabah dan tidak dapat dikesan. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan laporan kepada Lembaga Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa untuk buang kerja atau turun pangkat untuk mendapat persetujuan menyiarkan notis dalam surat khabar sebelum diwartakan dalam Warta Kerajaan.

(iii) Kes-kes Jenayah

Prosedur termasuk perintah tahan kerja dan gantung kerja. Pegawai yang telah ditangkap atau dituduh melakukan kesalahan jenayah boleh dikenakan Perintah Tahan Kerja manakala pegawai yang telah disabitkan kesalahan jenayah di mahkamah hendaklah dikenakan Perintah Gantung Kerja. Dalam perintah tahan kerja, pegawai akan diberi tidak kurang daripada ½ emolumen manakala dalam perintah gantung kerja, pegawai tidak akan dibayar apa-apa bahagian emolumen.

(iv) Kes Tahanan, Buang Negeri dsb.

Pegawai yang dikenakan mana-mana Perintah Tahanan/Sekatan hendaklah dikenakan Perintah Gantung Kerja oleh Lembaga Tatatertib yang mempunyai bidang kuasa buang kerja atau turun pangkat.

(v) Penamatan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam

Prosedur ini diguna pakai untuk menamatkan perkhidmatan seorang pegawai sekiranya didapati perkhidmatan pegawai menjejaskan kepentingan awam. Pegawai yang ditamatkan di bawah prosedur ini tidak akan diberi sebarang peluang untuk didengar. Penamatan perkhidmatan pegawai yang dimaksudkan adalah di bawah bidang kuasa Yang Dipertuan Agong.

(vi) Surcaj

Surcaj ialah suatu kaedah bagi membolehkan Kerajaan mengutip semula segala kehilangan/kerugian di pihak Kerajaan yang telah dilakukan oleh pegawai dan ia bukanlah merupakan tindakan tatatertib.