TARIKH DIKEMASKINI
Login Pentadbir
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
SmartFAQ is developed by The SmartFactory (http://www.smartfactory.ca), a division of InBox Solutions (http://www.inboxsolutions.net)

23. Apakah panduan dalam urusan pengagihan semula jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia?
Requested and Answered by WebAdmin on 04-Mar-2011 03:33 (1791 reads)
Terdapat beberapa peringkat yang terlibat dalam pengagihan semula jawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia seperti berikut:

(a) Di peringkat JKN

(i) Agihan boleh dilaksanakan diperingkat JKN berdasarkan kepada Penurunan Kuasa melalui Surat Pekeliling Ketua Setiausaha KKM Bil.3 Tahun 2004;

(ii) Agihan hanya melibatkan jawatan-jawatan di bawah program dan aktiviti yang sama;

(iii) Agihan hanya melibatkan gred-gred lantikan termasuk Gred 44 dan ke bawah sahaja;

(iv) Tidak melibatkan gred-gred kenaikan pangkat kecuali jika ia dalam pasukan kerja yang sama. Contohnya pengurusan pesakit di sesebuah wad, ia akan melibatkan sekumpulan pegawai sokongan Paramedik seperti Jururawat Gred U32, U29 dan Jururawat Masyarakat, Gred U19, Penolong Jururawat, Gred U14 serta Atendan Kesihatan. Gred U3. Sekiranya pasukan kerja tersebut tidak diperlukan lagi, maka kesemua mereka perlu diagih dan ditempatkan semula; dan

(v) Tidak melibatkan pengagihan dan penempatan jawatan-jawatan Khas Untuk Penyandang.

(b) Di peringkat KKM

(i) Permohonan agihan semula jawatan hendaklah dikemukakan kepada BSM sekiranya melibatkan jawatan-jawatan di bawah program dan aktiviti yang sama; dan

(ii) Tidak melibatkan perubahan dalam Buku Perjawatan Bagi Maksud Bekalan 42 KKM.


(c) Di peringkat JPA

(i) Permohonan agihan semula jawatan akan dikemukakan ke JPA sekiranya melibatkan jawatan-jawatan di bawah program dan aktiviti yang berlainan; dan

(ii) Melibatkan perubahan dalam Buku Perjawatan Bagi Maksud Bekalan 42 KKM.