TARIKH DIKEMASKINI
Login Pentadbir
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
SmartFAQ is developed by The SmartFactory (http://www.smartfactory.ca), a division of InBox Solutions (http://www.inboxsolutions.net)

22. Apakah kaedah dalam pewujudan jawatan di KKM ?
Requested and Answered by WebAdmin on 04-Mar-2011 03:27 (1442 reads)
Terdapat dua (2) kaedah dalam pewujudan jawatan di KKM seperti berikut:

(a) Anggaran Belanja Mengurus Tahunan

(i) Dilaksanakan secara tahunan.

(ii) BSM menerima permohonan pewujudan jawatan tambahan/ baru daripada IPKKM, JKN dan Institusi.

(iii) BSM akan menyediakan kertas cadangan perakuan bagi pewujudan jawatan melalui ABM dan memperakukan kepada Agensi Pusat dalam tempoh 8 bulan selepas tarikh pengedaran waran tahun semasa.

(iv) BSM akan menerima kelulusan pewujudan daripada Agensi Pusat dan membuat pengagihan berdasarkan permohonan.

(v) BSM akan mencetak dan mengedar buku-buku perjawatan yang diwujudkan melalui ABM kepada IPKKM, JKN dan Institusi.