Butiran di dalam Senarai Perjawatan ialah angka petunjuk bagi menerangkan tajuk jawatan, gred jawatan, kod gaji, kod skim, bilangan jawatan dan kedudukan jawatan di dalam sesuatu aktiviti/program atau organisasi secara keseluruhannya. Bagi semua pewujudan jawatan baru melalui Waran Pejawatan lazimnya butiran yang diperakukan oleh Jabatan perkhidmatan Awam kepada Perbendaharaan mengandungi nombor dan abjad di samping perkatan ‘baru’ dan skim perkhidmatan di dalam program/aktiviti berkenaan.