Waran Omnibus ialah dokumen perundangan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan untuk jawatan yang diluluskan kepada Kementerian/Jabatan melalui Waran Pejawatan bagi sesuatu tempoh yang ditentukan yang mana jawatan tersebut tidak sempat dimasukkan ke dalam Buku Senarai Pejawatan bagi sesuatu tahun. Butir-butir dalam Waran Omnibus telah ditukar berdasarkan butir-butir senarai perjawatan tahun semasa dan menjadi pelengkap kepada Buku Senarai Pejawatan tahun tersebut. Waran Omnibus bagi sesuatu tahun akan menjadi Waran Perjawatan Bil.1 bagi tahun berkenaan. Ia perlu dibaca bersama-sama Buku Senarai Pejawatan tahun berkenaan.