TARIKH DIKEMASKINI
Login Pentadbir
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!
SmartFAQ is developed by The SmartFactory (http://www.smartfactory.ca), a division of InBox Solutions (http://www.inboxsolutions.net)

6. Apakah syarat-syarat pembayaran Elaun Tanggung jawab Khas Pemandu (ETKP)?
Requested and Answered by WebAdmin on 28-Feb-2011 10:39 (2005 reads)
ETKP layak dibayar kepada Pemandu Kenderaan Gred R3 dan R6 (sama ada yang dinaikkan pangkat secara biasa atau KUP) yang dikhususkan memandu kenderaan-kenderaan seperti berikut:-

(i) kereta rasmi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A; atau
(ii) ambulans; atau
(iii) kenderaan/jentera yang beratnya melebihi 5000 kg.

Pemandu Kenderaan Gred R3 dan R6 yang tidak dikhususkan memandu kenderaan-kenderaan seperti di atas tetapi diarahkan untuk memandu kenderaan-kenderaan tersebut layak dibayar ETKP tetapi pembayarannya adalah secara proportionate berdasarkan bilangan hari menjalankan tugas tersebut dengan syarat bagi setiap hari tersebut pegawai bertugas tidak kurang daripada 4 jam sehari.