Jawatan Kader adalah jawatan yang dipunyai oleh sesebuah Kementerian/ Jabatan yang diwujudkan dipelbagai Agensi berdasarkan keperluan tetapi pengisiannya dilakukan dan dikawal oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan. Misalnya, jawatan Jururawat boleh diwujudkan sebagai jawatan kader di Jabatan Hal Ehwal Orang Asli tetapi Ketua Perkhidmatannya adalah Ketua Pengarah Kesihatan, KKM. Pewujudan jawatan kader adalah digalakkan bagi mengelakkan wujudnya perkhidmatan-perkhidmatan kecil tertutup di sesebuah organisasi. Perwujudan jawatan kader ini akan memberi peluang yang lebih luas bagi maksud pertukaran dan kenaikan pangkat kepada penyandang-penyandang dalam perkhidmatan tersebut.