TARIKH DIKEMASKINI
Login Pentadbir
Username:

Password:

Remember me



Lost Password?

Register now!

 

Perutusan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia

 Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan salam bahagia, 

Menyingkap tadbir sejarah, Bahagian Sumber Manusia (BSM) ditubuhkan untuk bertanggungjawab menguruskan sumber manusia bagi Kementerian Kesihatan Malaysia. Selaras dengan itu, Bahagian ini sentiasa mengambil pelbagai inisiatif yang lebih proaktif dan berkesan bagi memantau aktiviti, isu dan cabaran berhubung pengurusan sumber manusia KKM melalui pelbagai platform yang disediakan.


Melalui pembangunan Laman Web Portal Bahagian Sumber Manusia ini, ianya merupakan salah satu pemangkin transformasi penyampaian bahagian ini disamping sistem-sistem pengurusan sumber manusia sedia ada. Diharap melalui laman web ini, sebarang maklumat, berita, hebahan dan keputusan berkaitan dengan pengurusan sumber manusia dapat disebarkan dengan lebih meluas dan cepat kepada anggota KKM dan orang awam.


 

Tambahan, laman web ini turut menyediakan kemudahan untuk berurusan secara atas talian seperti mendapatkan pekeliling dan surat pekeliling terbaru, mengemukakan pertanyaan, membuat aduan terhadap sesuatu kemusykilan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengguna

 

Selaku Ketua di bahagian ini, saya menaruh harapan melalui pembangunan laman web ini, Bahagian Sumber Manusia dapat menambahbaik sistem penyampaian dan perkhidmatan sejajar dengan hala tuju penubuhan dan strategik BSM, KKM.

Saya turut mengalu-alukan pandangan dan komen yang membina untuk memantapkan lagi laman web kami ini. Selamat melayari Laman Web Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia.



Visi, Misi & Objektif

Carta Organisasi BSM

Piagam Pelanggan

Hubungi Kami



VISI, MISI & OBJEKTIF



VISI: Ke arah pengurusan sumber manusia yang berkualiti dan produktif


MISI: Memastikan Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai struktur organisasi yang sesuai,efektif dan penggunaan sumber manusia yang optimum, berintegriti, berpengetahuan dan berkemahiran


OBJEKTIF: Memastikan Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai sumber manusia dan struktur organisasi yang sempurna bagi memberi perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang cemerlang


CARTA ORGANISASI BSM




**Sila klik di sini untuk imej yang lebih jelas 



CARTA ORGANISASI CAWANGAN

 

 
 

PIAGAM PELANGGAN


Muat Turun Piagam Pelanggan

 

 

Laporan Status Pencapaian Piagam Pelanggan Mengikut Tahun



HUBUNGI KAMI


Bahagian Sumber Manusia
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 9 & 10, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Malaysia

Tel : 03-88832786
Faks: 03-88888834


Recommend this page to a friend! Prepare to print